fbpx

Negeri Sembilan benar solat jemaah ikut kapasiti masjid, surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan membenarkan solat fardu, solat Jumaat dan solat jenazah dihadiri jemaah yang telah menerima dua dos vaksin Covid-19 dengan jumlah mengikut kapasiti masjid dan surau.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kebenaran dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) itu akan bermula Jumaat ini.

Tambah beliau, perkara tersebut diputuskan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

“Namun, perlu ada penjarakan sosial 1.5 meter untuk menjalankan aktiviti di surau dan masjid. Semua ahli jawatankuasa dan petugas keselamatan masjid serta surau perlu mempunyai dua dos lengkap vaksinasi termasuk kepada penduduk tetap,”katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Tambah Aminuddin, kelas takmir turut dibenarkan dilaksanakan bermula Jumaat ini namun terhad selama satu jam sahaja.

Sementara itu, beliau menambah, bagi tujuan pengurusan jenazah pula, hanya enam orang sahaja wakil dibenarkan dan seeloknya ia diadakan di masjid atau surau sahaja.

Aminuddin menjelaskan, masih belum ada lagi sebarang SOP untuk rumah ibadat bukan Islam dikeluarkan dan ia masih menunggu keputusan daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI