fbpx

Kelu lidah duit simpanan RM1.03 juta lesap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Seorang warga emas mengalami kerugian lebih RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam sindiket yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 69 tahun berhubung kejadian itu semalam.

Katanya, mangsa memberitahu dia dihubungi seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai LHDN dan memaklumkan mangsa terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram awal bulan ini.

“Panggilan itu turut disambungkan kepada seorang lagi individu lelaki yang menyamar sebagai seorang pegawai polis dengan memperkenalkan diri sebagai Mr. Yong.

“Mangsa yang berasa takut mengikut arahan diberi iaitu membuka sebuah akaun bank selain memberi nombor siri kat ATM dan nombor pin akaun kepada suspek.

“Di antara 3 hingga 17 September, mangsa telah memindahkan wang sebanyak RM1,032,513.65 daripada beberapa akaun miliknya ke dalam akaun terbabit selain turut memberi nombor TAC kepada suspek,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Ayob Khan lagi, mangsa hanya menyedari ditipu selepas membuat semakan terhadap akaun berkenaan semalam dan mendapati kesemua wang berkenaan sudah tiada.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI