SHAH ALAM – Usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat diminta pulang ke negara ini berikutan tiada sesiapa mengugutnya terutama daripada kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad, kes yang dihadapi Muhammad Sajjad juga melibatkan undang-undang di negara ini dan tidak perlu bagi dia menjadikan sebagai isu antarabangsa.
“Pulanglah saja ke Malaysia dan hadapi kes di mahkamah. Tiada siapa yang mengugutnya terutama kakitangan JAIS.
“Kita mempunyai ramai peguam yang baik di negara ini boleh mewakili dia di mahkamah. Belum tentu JAIS boleh menang,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Pusat Pengambilan Vaksin (PPV) di Dewan Syarahan Dan Muzakarah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.
Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan Nur Sajat ditangkap pihak imigresen Thailand, pada pukul 6 petang 8 September lalu .
Mengulas lanjut, Mohd. Shahzihan berasa hairan terhadap tindakan Muhammad Sajjad yang perlu melibatkan Imigresen Australia dalam masalah yang dihadapinya.
“Kes belum dibicarakan, belum tentu dia bersalah atau tidak di mahkamah. Jangan jadikan kes tersebut sebagai propaganda. Hadapi perbicaraan bagi menentukan sama ada dia bersalah atau tidak itu sahaja,” katanya. -K!ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929