fbpx

Smart Home Schooling bantu calon SPM 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar program Home Schooling yang dilakukan secara maya.

PETALING JAYA – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melaksanakan program UPSI Smart Home Schooling bagi membantu seramai lebih 2,200 murid calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, UPSI sebagai peneraju Universiti Pendidikan Nombor Satu negara bertanggungjawab merealisasikan agenda University for Society (U4S) dan Agenda Keempat dalam memacu kesejahteraan komuniti.

Katanya, program yang melibatkan 24 buah sekolah negeri di negeri Perak, Selangor dan Johor itu komited menggiatkan sumbangan berbentuk lebih daripada pencapaian akademik kepada komuniti.

“Program yang dilaksanakan oleh Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPSI ini berkonsepkan ‘educating communities’ seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Ia diwujudkan bagi membantu persediaan calon SPM tahun 2021 yang menghadapi peperiksaan sangat mencabar berikutan pendemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah UCTC, Prof Madya Dr. Norkhalid Salimin berkata, objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan murid B40 bagi calon SPM 2021 dalam mata pelajaran teras iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, matematik, sains dan sejarah.

“Selain memperkasakan penguasaaan subjek-subjek tersebut, program ini juga memberikan khidmat bantuan kepakaran pensyarah UPSI kepada komuniti terlibat.

“Penulis modul program tuisyen ini terdiri daripada 15 Ikon Alumni UPSI yang berpengalaman serta menjadi Guru Cemerlang, Guru Penggubal Soalan SPM dan Guru Didik TV KPM yang menjadi Pakar Rujuk Bidang masing-masing di Malaysia,” ujarnya.

Katanya, beliau juga berharap program khidmat sosial itu dapat memberikan pengalaman dan pendedahan berguna kepada tenaga pengajar yang terdiri daripada 35 orang graduan pendidikan UPSI dengan kaedah pengajaran secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI