fbpx

Kesan waris bayi, kanak-kanak perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua kanak-kanak yang kini dalam jagaan pihak JKM Selangor.

SHAH ALAM – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesan waris seorang bayi lelaki dan kanak-kanak perempuan yang ditinggalkan dalam kotak perlindungan bayi di Orphan Care Petaling Jaya.

Kedua-duanya dikenali Muhammad Aisy Danial berusia sebulan dan Hana Aafiyah Ayusnizam Abdullah, 2 tahun.

Jurucakap JKM Daerah Petaling berkata, Muhammad Aisy ditemukan kira-kira pukul 6.30 petang pada 24 Ogos lalu tanpa sebarang dokumen pengenalan diri dengan berpakaian dan dibaluti kain lampin putih.

Katanya, terdapat juga barang keperluan lain seperti lampin pakai buang dan botol susu bayi.

“Manakala Hana Aafiyah pula ditemukan kira-kira pukul 10.57 pagi pada 28 Ogos 2019 juga dengan dibaluti kain bedong bercorak selepas dilahirkan.

“Mereka kini ditempatkan sementara di bawah jagaan penjaga yang dilantik oleh  Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Petaling Jaya,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Sehubungan itu, JKM meminta waris termasuk ibu kandung mereka segera tampil bagi urusan hal penempatan dan penjagaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenainya boleh menghubungi Unit Kanak-Kanak JKM  Petaling di talian 03-78422584/ 2587  atau 019-2227471,” jelasnya. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI