fbpx

Tiada kes pelancong dijangkiti Covid-19 di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pulau Langkawi mula dibuka kepada pelancong sejak 16 September lalu. Foto SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Kes jangkitan Covid-19 di Pulau Langkawi sejak pelaksanaan projek rintis gelembung pelancongan pada 16 September lalu setakat ini tidak melibatkan kalangan pelancong yang berkunjung ke pulau peranginan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd. Firdaus Ahmad berkata, keadaan tersebut membuktikan kejayaan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di bawah projek rintis berkenaan.

Kata beliau, kejayaan itu bakal menjadi contoh kepada pembukaan destinasi-destinasi pelancongan lain di negara ini.

“Setakat ini penularan Covid-19 di Langkawi hanya melibatkan penduduk tempatan sahaja dan tiada kes melibatkan kedatangan pelancong dari luar.

“Ini menunjukkan SOP diterapkan berjalan dengan amat baik dan lancar. Saringan dibuat di lokasi-lokasi pelepasan sebelum ke Langkawi turut membantu menghalang individu yang positif daripada memasuki Langkawi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Azhar Ibrahim (Pas Ayer Hitam) mengenai kesan pelaksanaan SOP kepada pelancong dalam sektor pelancongan di Langkawi dalam sesi pertanyaan lisan di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI