fbpx

Penduduk Kemensah Heights belum boleh pulang ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian tanah runtuh di Kemensah Height baru-baru ini, Gambar Hiasan

AMPANG – Penduduk yang sebelum ini terjejas akibat kejadian tanah runtuh di Kemensah Heights di sini pada Jumaat lalu masih belum dibenarkan untuk pulang ke kediaman mereka.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata setakat ini agensi-agensi berkaitan masih belum memutuskan sama ada untuk membenarkan kesemua 110 penduduk yang terkesan untuk pulang ke kediaman mereka semula atau tidak.

“Setakat ini agensi-agensi terlibat masih belum memutuskan untuk memberi kebenaran mereka (mangsa) pulang ke rumah masih-masing atau tidak namun dalam masa yang sama kerja-kerja pemulihan di lokasi kejadian sedang giat dilakukan.

“Pihak polis masih melakukan kawalan 24 jam di lokasi terjejas bagi mengawal pergerakan keluar masuk serta keselamatan penduduk dan setakat ini kami tidak menerima sebarang laporan melibatkan kejadian kecurian atau sebagainya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mohamad Farouk memaklumkan, pusat pemindahan sementara yang disediakan juga tidak berpenghuni memandangkan mangsa yang terjejas memilih untuk tinggal di rumah saudara mara terdekat.

“Bagaimanapun, kemudahan itu tetap disediakan memandangkan masih belum ada keputusan sama ada mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dan jika ia (keputusan) mengambil masa yang lama, mereka masih boleh menetap sementara di situ,” ujar beliau.

Terdahulu, Kosmo! Online pada 18 September lalu melaporkan tentang kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan 110 penduduk di Kemensah Heights di sini terpaksa dipindahkan di atas sebab-sebab keselamatan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI