JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga tempatan terkaku dengan kehadiran Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika leka memunggah 1,806 karton rokok seludup dalam kejadian di sebuah premis di Jalan Dedap 36, Taman Johor Jaya, semalam.
Dalam serbuan pada pukul 5.45 petang itu, lelaki yang diberkas disyaki penjaga premis dan rangkaian sindiket penyeludupan berusia 35 tahun.
Pegawai Pemerintah Batalion 5, Pasukan Gerakan Am, Superintendan Dimin Awang berkata, lelaki itu ketika ditahan sedang memunggah kotak berisi pelbagai rokok tidak bercukai bernilai lebih RM339,000 dari premis ke dalam kereta Perodua Bezza.
“Tangkapan dan rampasan yang dibuat berjaya memutuskan satu rangkaian sindiket pengedaran rokok tidak bercukai di sekitar daerah ini.
“Turut dirampas dalam operasi berkenaaan adalah sebuah kereta Perodua Bezza, dua telefon bimbit dan wang tunai sebanyak RM330. nilai keseluruhan barang rampasan adalah RM380,885.20,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929