fbpx

SPAN potong bekalan air tidak sah di tapak pembangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sambungan paip HDPE yang ditemui ketika operasi di Kuala Lumpur semalam.

CYBERJAYA – Tindakan licik sebuah syarikat kontraktor ‘mencuri’ bekalan air terawat milik Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) berakhir apabila diserbu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) semalam.

SPAN menerusi satu kenyataan berkata, aktiviti itu dikesan di sebuah tapak projek pembangunan di Kuala Lumpur.

Menurutnya, serbuan dilakukan hasil risikan Unit Penguatkuasaan Ais Selangor dan Bahagian Penguatkuasaan SPAN, dengan hasil siasatan di lokasi menemui dua sambungan paip secara terus dari paip utama Air Selangor dengan menggunakan paip HDPE berukuran 25 millimeter (mm).

“Siasatan mendapati, bekalan air itu disyaki digunakan bagi tujuan tapak pembinaan dan penggunaan harian pekerja.

“Tindakan pemotongan bekalan air dilakukan serta-merta dan kontraktor tapak pembinaan yang bertanggungjawab akan dipanggil untuk memberi keterangan dan berdepan tindakan perundangan,” katanya dalam kenyataan itu semalam.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI