fbpx

Kes kawan songlap RM70,000 milik Andi Bernadee bakal dibicarakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANDI bersyukur kejdian tersebut berlaku lebih awal dan tidak melibatkan jumlah wang yang lebih besar.

Tiada apa yang dapat melegakan perasaan penyanyi dan juga pelakon, Andi Bernadee kini apabila individu terlibat dalam kes menyeleweng wang miliknya bakal berdepan perbicaraan di mahkamah.

Menurut Andi, individu terbabit telah diberkas polis dan ditahan reman selama tiga hari minggu
lalu.

Katanya pemilik nama sebenar Andi Azrul Andi Mapangile, 30, itu, kes pecah amanah yang melibatkan wang tunai berjumlah RM70,000 itu bakal dibicarakan di mahkamah selepas selesai beberapa prosedur.

“Individu terlibat sudah direman selama tiga hari sekitar minggu lalu dan telah pun dibebaskan.

“Buat masa sekarang kes masih dalam peringkat siasatan dan belum dibicarakan tapi tinggal satu peringkat saja barulah akan ke mahkamah,” katanya dalam temu ramah secara virtual bersama para pelakon Perisik Cinta Tidak Diundang semalam.

Dalam pada itu, Andi memberitahu duit yang diambil individu tersebut merupakan bayaran yang sepatutnya diterima menerusi drama terbaharu berjudul Perisik Cinta Tak Diundang lakonannya bersama Shiha Zikir dan Hafidz Roshdi.

Tambah bekas peserta Big Stage musim pertama itu, sehingga hari ini, dia masih belum mendapatkan wang yang diseleweng oleh individu berkenaan.

“Sehingga kini saya belum terima lagi duit yang diambil. Sebenarnya duit yang dia ambil itu merupakan bayaran untuk drama Perisik Cinta Tak Diundang iaitu Hasil titik peluh saya bekerja dari awal tahun ini.

“Namun, disebalik kejadian ini, saya percaya satu benda iaitu mungkin duit itu bukan rezeki saya dan yakin bahawa duit boleh dicari,” ujar pelantun lagu Donde itu.

Selain itu, dia tetap bersyukur walaupun perkara tersebut berlaku kepada dirinya lebih awal sebelum individu berkenaan menyeleweng jumlah wang yang lebih besar pada masa akan datang.

“Walaupun ditipu, saya tetap bersyukur juga benda ini terjadi kepada saya.

“Sekurang-kurangnya saya nampak benda ini dari awal sebelum saya terima tawaran yang melibatkan bayaran yang lebih besar,” ujarnya.

Ujarnya lagi, kejadian tersebut turut membuka matanya agar tidak terlalu percaya terhadap seseorang terutama yang baru dikenali.

“Untuk kes ini, saya memang salahkan diri sendiri sebab terlalu mudah rasa simpati meletakkan kepercayaan terhadap individu lain.

“Saya mengenalinya atas dasar simpati kerana statusnya ialah seorang anak yatim tetapi tak sangka dia sanggup ambil kesempatan terhadap saya,” katanya lagi.

Untuk rekod, Kosmo! melaporkan Andi membuat satu laporan polis berhubung pecah amanah dilakukan seorang rakan baik yang menyebabkan kerugian RM70,000 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Dang Wangi pada 25 Ogos lalu.

Dakwa Andi, perbuatan tersebut menyebabkan dirinya hilang arah, terutama putus punca kewangan, khususnya pada waktu pandemik Covid-19. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI