fbpx

Wanita rela kekasih jadi abang ipar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu merakam video di majlis pernikahan kakak dan bekas kekasihnya. - TikTok

JAKARTA – Tindakan seorang wanita yang merelakan bekas kekasihnya berkahwin dengan kakak sendiri menjadi tular di media sosial Indonesia, lapor Suara.com semalam.

Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @jemebesemahasli, wanita itu  dilihat mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baharu tersebut.

Wanita itu memberitahu bahawa dia ikhlas dan reda bahawa jodoh bekas kekasihnya adalah  kakak kandungnya  sendiri.

Tambahnya, dia lebih rela mengalah dengan kakak sendiri daripada berbalah kerana berebut teman lelaki.

“Selamat pengantin baharu buat kakak dan bekas kekasih. Semoga kalian membentuk sebuah keluarga yang bahagia.

“Bercinta dengan saya,  namun akhirnya jodoh dengan kakak saya sendiri,” tulisnya lagi.

Luahan hati wanita itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang mengagumi ketabahan dan memberikan sokongan moral buatnya.

“Semoga dengan kesabaran anda, Allah akan mengirimkan jodoh lebih baik kelak,” komen seorang pengguna media sosial. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI