fbpx

Kempen Poket Selamat 7 beri diskaun untuk PPE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Peruncit barangan kelengkapan rumah, MR D.I.Y. menawarkan poto­ngan harga bagi kelengkapan perlindungan diri (PPE) dalam kempen Poket Selamat 7 yang bermula pada 15 September lalu.

Melalui kempen tersebut, kini pelitup muka tiga lapisan di MR D.I.Y. dijual pada harga RM5 sekotak berbanding RM5.90 sebelum ini.

Harga pelindung muka juga turun kepada RM5.90 seunit daripada RM7.90.

Naib Presiden Pemasaran MR D.I.Y. Group (M) Berhad, Andy Chin berkata, kempen tersebut diadakan tepat pada masanya, ketika semakin ba­nyak pejabat dan perniagaan kembali dibuka.

“Lebih penting, ia juga sebagai persediaan kepada ibu bapa dan pelajar untuk kembali ke sekolah pada bulan Oktober.

“Kami mahu membantu rakyat kekal selamat apabila kembali bekerja dan meneruskan sesi persekolahan.

“Dengan menurunkan harga barangan keperluan perlin­dungan diri secara kekal, kami berharap orang ramai akan merasakan pematuhan prosedur operasi standard kini lebih mudah,” katanya dalam satu kenyataan.

Kempen Poket Selamat, yang kini memasuki edisi ke-7 memberikan diskaun sehingga 40 peratus untuk 45 produk terpilih di 738 premis MR D.I.Y. seluruh negara.

Kempen tersebut meliputi perkakasan, barangan elektrik, aksesori telefon pintar dan kereta, produk kediaman, alat tulis dan mainan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI