fbpx

Wei Lun buru slot ke Paralimpik Paris 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENTERI Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad menyampaikan hadiah insentif kepada Wei Lun ekoran kejayaan meraih pingat perak di pentas Paralimpik Tokyo 2020 lalu.

KHAIRUL MOHD ALI

PEMENANG  pingat perak Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Chew Wei Lun sedia untuk kembali menyertai temasya Sukan Olimpik Paris 2024 selepas menjadi sensasi sukan baharu tanah air.

Wei Lun memberitahu, untuk mencapai perkara itu beliau bagaimanapun perlu mengumpul mata mencukupi untuk melayakkan diri ke sukan dunia berkenaan.

“Paralimpik (Paris 2024) lama lagi, untuk layak kita perlu pastikan kutipan mata, tetapi saya mungkin akan sertainya.

“Soal pingat, itu bukan sasaran utama kerana memang dari awal sertai Paralimpik Tokyo 2020 pun tidak sasarkan pingat sebalik hanya mahu perkenalkan sukan ini kepada lebih ramai orang, tak sangka boleh dapat pingat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima insentif Kerajaan Johor sebanyak RM15,000 semalam atas kejayaan beliau mengutamakan pingat perak pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 lalu.

Dalam temasya berkenaan, Wei Lun yang tidak diletakkan sebagai prospek pingat mencipta sejarah tersendiri apabila menghadiahkan pingat perak kepada kontinjen negara menerusi acara boccia individu campuran BC1.

Pada pertandingan akhir dia terpaksa akur kepada juara dunia dari Great Britain, David Smith selepas tewas dengan keputusan 4-2 (0-2, 1-0, 1-0, 2-0).

Diberikan gelaran ‘silent killer’ oleh ketua kontinjen negara, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, Wei Lun mencipta beberapa kejutan termasuklah menewaskan pemenang pingat perak temasya Paralimpik London 2012, Zhang Qi dari China dan mengejutkan pemain nombor 2 dunia yang juga pemenang pingat emas Sukan Para Asia 2018 dari Thailand, Witsanu Huadpradit. – K! ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI