fbpx

JDT II ikat Sarawak United 1-1, NSFC juara Liga Perdana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEI HIROSE (kiri) diasak Taylor Francis pada perlawanan Liga Premier di Stadium Larkin, Johor Bahru menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1. - Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Enggang Emas tidak mampu terbang tinggi untuk membawa piala Liga Perdana 2021 ke Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, malam tadi setelah mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Johor Darul Ta’zim II (JDT II).

Piala Liga Perdana yang menjadi rebutan tiga pasukan itu mendarat di Stadium Paroi, Negeri Sembilan setelah pasukan tuan rumah mencatatkan kemenangan 4-2 ke atas PDRM FC.

Keputusan itu menyaksikan Sarawak United FC kekal di tangga kedua liga dan akan mengisi slot terakhir Kumpulan A Piala Malaysia bersama Penang FC, Kuala Lumpur City FC dan Sri Pahang FC.

Sementara itu, bagi aksi di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Kuching City FC menewaskan Perak FC II 2-0 sekali gus membolehkan pasukan The Cats menempah slot ke saingan Piala Malaysia.

Gol yang dijaringkan oleh Irwan Syazmin Wahab dan Aylton Ananias pada minit ke-63 dan ke-81 membolehkan skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim mengisi slot Kumpulan B yang dianggap kumpulan maut dibarisi Selangor FC, Perak FC dan Terengganu FC.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI