fbpx

Dahulu guru sekarang tauke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. RALIF (tengah) menimbang seekor ikan tilapia diusahakan di Felda Lok Heng Timur di Kota Tinggi semalam.

KOTA TINGGI – Tindakan nekad seorang guru vokasional untuk berhenti mengajar sebelum ‘terjun’ ke dalam bidang bisnes ternyata berbaloi apabila dia kini bergelar tauke ikan tilapia yang memberinya pendapatan lumayan setiap bulan.

Mohd. Ralif Kamarudin, 46, dari Felda Lok Heng Timur di sini berkata, dia memulakan bisnes tersebut bersama lima rakan kongsi dengan mengusahakan ternakan kolam ikan berkenaan selepas 17 tahun bergelumang dalam dunia pendidikan.

Katanya, dia puas apabila mengubah sebuah kolam terbiar di tanah seluas 0.8 hektar itu kepada lubuk pendapatan. Kolam itu kini mengandungi 23,000 ekor ikan tilapia.

“Selain itu kami antara 13 buah felda yang diberi kepercayaan untuk melaksanakan Program Pembangunan Peneroka (PPP) bagi wilayah Johor Bahru yang melibatkan projek ternakan kolam ikan.

“Ikan ini mendapat permintaan tinggi sehinggakan bekalan tidak cukup kerana kami perlu menyediakan kira-kira 30 tan setiap hari kepada pembekal,” katanya ketika ditemui.

Tambahnya, dia langsung tidak mempunyai ilmu mengenai ternakan ikan, namun hasil fokus dan minat telah membuatkannya diberi kepercayaan oleh pihak pengurusan felda bagi mengusahakan tanah seluas empat hektar bagi projek ikan tersebut.

Menurut Mohd. Ralif, selain membekal ikan mentah secara komersial mereka turut merancang untuk menjadi pembekal benih dan makanan ikan agola.

“Kami juga merancang mengeluarkan produk hiliran berasaskan ikan tilapia seperti sejuk beku dan pekasam,” katanya.

Ujar Mohd. Ralif, untuk projek itu, dia merancang untuk mendapatkan bekalan daripada peserta PPP bagi meningkatkan tahap ekonomi penduduk felda.

“Bagi pakej RM240,000, PPP menawarkan empat buah kolam yang setiap satunya boleh memuatkan 15,000 ekor ikan,” katanya.

Tambahnya, selain dia, terdapat beberapa lagi peserta yang memiliki kerjaya profesional se­perti jurutera sebelum mereka berhenti untuk beralih kepada bidang perniagaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI