fbpx

Melaka, Pulau Tioman, Genting Highland dibuka mulai 1 Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tiga destinasi pelancongan iaitu Melaka, Pulau Tioman dan Genting Highlands bakal dibuka kepada orang ramai bermula 1 Oktober ini.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Menteri Kuartet hari ini yang melihat perkembangan positif Projek Rintis Gelembung Pelancongan di Pulau Langkawi.

Bagaimanapun katanya, keputusan itu akan dibawa ke Jawatankuasa Pengurusan Covid-19 yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob esok.

“Hari ini kita telah meluluskan dan akan dibentangkan esok ke mesyuarat di mana kita telah menamakan tiga destinasi baru, kita ada Genting, Melaka dan Pulau Tioman.

“Jika ia dipersetujui esok, tiga kawasan itu akan mula dibenarkan untuk beroperasi mulai 1 Oktober termasuk memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditetapkan,”katanya pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Nancy berkata, selain tiga kawasan tersebut, beberapa kawasan pelancongan lain akan diumumkan kemudian.

Terdahulu, kerajaan bersetuju membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program ‘travel bubble’ tertakluk syarat-syarat ditetapkan.

Sebagai permulaan, Pulau Langkawi dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September lalu.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI