fbpx

Penyakit dikesan menerusi jenis batuk anda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYELIDIK perubatan berharap mereka dapat mengenal pasti jenis penyakit daripada corak batuk. – GAMBAR HIASAN

MEMBANGUNKAN satu aplikasi yang dapat mendiagnosis penyakit atau keadaan kesihatan seseorang dengan hanya mendengar cara batuk giat dilakukan sekumpulan penyelidik.

Penyelidik telah merakam berjuta-juta bunyi batuk menggunakan beberapa aplikasi yang dikembangkan oleh Hyfe Inc., sebuah syarikat yang berpangkalan di Delaware, Amerika Syarikat.

Kemudian, mereka akan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengenal pasti apa yang menyebabkan seseorang tersebut mengalami simptom tersebut.

Di masa hadapan, mereka berharap aplikasi ini dapat menentukan apakah seseorang itu menghidap asma, radang paru-paru, penyakit paru-paru obstruktif kronik ataupun Covid-19.

Batuk berlaku apabila sesuatu mengganggu saluran udara dan merangsang saraf badan yang kemudian menghantar mesej ke otak.

Sebagai tindak balas, otak menghantar isyarat kepada otot di dada dan perut mengusir perengsa menggunakan udara dari paru-paru.

Pakar Tuberkulosis dan juga Ketua Pegawai Perubatan Hyfe Inc., Dr. Peter Small menjelaskan, setiap penyakit mempunyai corak batuk yang berbeza.

“AI mungkin dapat mengenal pasti corak batuk yang dikesan dengan hanya mendengarnya dan boleh mendiagnosis jenis penyakit yang dihidapi seseorang,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI