fbpx

Syatilla Melvin nak muntah tengok rumah sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYATILLA dan Sam akan menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi.

PETALING JAYA – Pelakon Syatilla Melvin yang kini sedang mengandung anak ketiga mendedahkan dia mengalami alahan yang agak unik untuk kehamilan kali ini.

Selain mengalami alahan seperti berasa mabuk, Syatilla atau nama sebenarnya, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 30, yang kini sedang hamil sebulan juga berasa loya apabila melihat rumahnya sendiri.

“Kali ini mengandung, saya mabuk dan melugai (berasa loya atau hendak muntah). Saya melugai dengan benda yang terlalu suka buat.

“Nak tahu apa? Saya tidak boleh tengok rumah sendiri. Ya Allah, rasa nak muntah bangun pagi tengok rumah sendiri,” tulis Syatilla dalam Instagramnya sebentar tadi.

Walhal sebelum ini, pelakon itu dilihat gemar melakukan aktiviti dekorasi kediamannya dengan bantuan suami, aktor Shaheizy Sam.

“Barang-barang rumah yang saya hias semua tidak boleh pandang. Matilah macam ini. Takkan kena tidur hotel sampai beranak?” katanya lagi.

Jumaat lalu, Syatilla dan Sam berkongsi tentang berita kehamilan anak ketiganya kepada umum.

Menurut Syatilla yang juga seorang usahawan itu, kehamilan kali ini merupakan kandungan keenamnya selepas pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali.

Kali terakhir pelakon yang popular dengan drama Sha & Shah itu keguguran adalah pada April lalu ketika usia kandungannya lapan minggu.

Syatilla keguguran kali pertama sebelum hamil anak sulung dan kali kedua sebelum mengandungkan anak keduanya.

Terdahulu, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 itu telah dikurniakan dua cahaya mata, Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy, 2. – K1 ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI