fbpx

Bisnes judi online raih RM10,000 sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA barangan yang dirampas polis IPD Iskandar Puteri menerusi Ops Dadu yang dijalankan di Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor semalam.

ISKANDAR PUTERI – Sindiket perjudian atas talian menggajikan warga tempatan sebanyak RM2,000 sebulan untuk melakukan kerja-kerja manakala dalang sebenar hanya bergerak di belakang tabir.

Sindiket terbabit turut menjanjikan komisen sebanyak 20 peratus berdasarkan jumlah carian pelanggan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar yang mendedahkan perkara itu berkata, maklumat berkenaan dimaklumkan lapan suspek yang ditahan pihaknya berkaitan sindiket terbabit.

Menurut beliau, empat lelaki dan empat perempuan berusia antara 17 hingga 30 tahun itu ditahan menerusi Ops Dadu yang dijalankan pihaknya di sebuah rumah di Bukit Indah, di sini pada pukul 5.30 petang, semalam.

“Semasa serbuan dijalankan, seramai empat lelaki dan empat perempuan yang mana semuanya warga tempatan telah berjaya ditangkap.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati sindiket perjudian atas talian itu telah beroperasi di rumah tersebut lebih kurang dua bulan dan mensasarkan pelanggan dari negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Dzulkhairi, pihaknya turut merampas pelbagai peralatan berkaitan antaranya lapan komputer, 28 telefon bimbit pelbagai jenama, dua modem wife tp-link, serangkai kunci dan wang tunai RM570.

Tambah beliau, kegiatan itu beroperasi selama 24 jam setiap hari dan dibahagikan kepada dua shif dimana segala bayaran dibuat melalui transaksi oleh pelanggan mengunakan 12 akaun bank tempatan dengan jumlah kutipan harian lebih kurang RM10,000.

Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Iskandar Puteri untuk tindakan lanjut manakala kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI