fbpx

36 kes Carilamat di Sabah sejak Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosli

KOTA KINABALU – Seramai 114 orang mangsa membabitkan 36 kes Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) direkodkan Maritime Rescue Sub Centre(MRSC) Kota Kinabalu sepanjang Januari sehingga awal bulan ini.

Pengarah Maritim Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, menerusi jumlah itu, 94 mangsa berjaya diselamatkan, 11 maut dan sembilan masih hilang serta belum ditemui.

“Ini turut membabitkan laporan kes berkaitan sebuah bot kayu yang mengalami kerosakan enjin dikedudukan sekitar 6.5 batu nautika timur Tanjung Kudat, semalam.

“Kita berjaya menyelamatkan seorang lelaki bersama seorang perempuan yang masing-masing berumur 50 dan 45 tahun selain seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun.

“Bot mangsa mengalami kerosakan sebelum ditemui dan diselamatkan bot peronda Maritim Malaysia yang kemudiannya menunda bot rosak terbabit ke jeti Karakit, Pulau Banggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Rosli turut memaklumkan terdapat sebanyak 125 kes dan tangkapan direkodkan sepanjang tempoh sama tahun ini yang melibatkan Enakmen Pelabuhan Dan Dermaga Sabah.

Menurut beliau, pihaknya mendapati berlaku kekerapan yang tinggi bagi kesalahan-kesalahan dilakukan bot-bot nelayan tempatan berkaitan alat pemadam api kecil tamat tempoh, gagal melaporkan pertukaran juragan, membawa lebih penumpang dan tidak membawa jaket keselamatan. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI