fbpx

Dewan Rakyat ‘kecoh’ susulan isu Timbalan Speaker sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Suasana sidang Dewan Rakyat hari ini sedikit kecoh apabila pihak pembangkang mempersoal siapa menteri kanan yang campur tangan terhadap keputusan Speaker Dewan Rakyat yang meminta ahli parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming dilantik sebagai Timbalan Speaker sementara semalam.

Kekecohan tersebut berlaku ketika Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sedang menjawab soalan pada sesi pertanyaan jawab lisan sebentar tadi.

“Ada laporan media bahawa menteri kanan sekat Yang di-Pertuan Dewan Rakyat (Datuk Azhar Azizan Harun) daripada undang (Ahli Parlimen) Teluk Intan sebagai Timbalan Speaker semalam.

“Saya nak tahu adakah menteri kanan itu ada dalam dewan, pagi ini,” soal Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun, suasana itu dapat dikawal Timbalan Speaker, Datuk Mohd Rashid Hasnon sebelum sesi jawab lisan bersambung semula.

Setelah dewan menyambung perbahasan usul menjunjung kasih dan Perbahasan Titah Diraja, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo sekali lagi mempersoal perkara yang sama ketika Azhar mempengerusikan majlis.

Azhar kemudian mengakui dia ada menghantar surat kepada Kor Ming untuk menggantikannya bagi mempengerusikan mesyuarat pada sesi mesyuarat petang semalam.

“Saya memang bagi surat kepada Teluk Intan (Nga Kor Ming) dan berterima kasih kepada beliau kerana bersedia untuk menerima permintaan saya.

“Saya menukar fikiran saat akhir dan sememangnya prosiding itu sah sebab saya balik semula untuk mempengerusikan mesyuarat,” katanya.

Tambah Azhar, beliau tidak didorong atau ditekan oleh sesiapa untuk menukar fikiran dan sebaliknya menggunakan kuasa untuk menukar fikiran.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI