fbpx

Atlet Olimpik, Paralimpik Tokyo 2020 dapat habuan kerajaan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HASNI MOHAMMAD (dua dari kiri) menyampaikan hadiah insentif berjumlah RM15,000 kepada pemenang pingat perak acara Boccia Chew Wei Lun pada Penyampaian Atlet & Jurulatih Negeri Johor ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri hari ini memberikan insentif kepada atlet kelahiran Johor yang bertanding dalam temasya Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang baharu berlangsung sebelum ini.

Antara atlet yang menerima insentif berkenaan termasuklah pemenang pingat perak Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Chew Wei Lun.

Wei Lun yang menyumbang pingat menerusi acara boccia, menerima insentif berjumlah RM15,000 bagi kejayaannya menggondol pingat perak.

Sementara itu, seorang lagi atlet paralimpik iaitu Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin, yang memasuki sukan olahraga T20, menerima RM5,000 sebagai insentif penyertaan.

Selain Wei Lun dan Siti Noor Iasah, dua jurulatih iaitu Sallehudin Mohd. Noh (para basikal) dan Muhammad Ashaari Zainal Abidin (para tennis) turut menerima RM5,000 setiap seorang.

Insentif sama turut diberikan kepada atlet Olimpik Tokyo 2020 iaitu atlet berbasikal Muhammad Shah Firdaus Sahrom, Nur Aisyah Jamil (pelayaran), Kelly Tan Guat Chen (golf) dan Syaqiera Mashayikh (memanah).

Bagaimanapun, Nur Aisyah, Guat Chen dan Syaqiera diwakili ibu bapa masing-masing.

Insentif berkenaan diserahkan Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad kepada penerima dalam satu majlis yang diadakan di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor, Nor Syazlan Abd Razak.

Sementara itu, Hasni berkata, kerajaan negeri akan memastikan kemudahan infrastruktur sukan akan dipertingkat selari dengan lahirnya tokoh atlet yang melakar nama di peringkat antarabangsa.

“Persatuan sukan memainkan peranan penting dalam membantu atlet bukan sahaja untuk melakar kejayaan, tetapi juga terhadap kebajikan mereka.

“Apabila atlet terlibat sudah tidak lagi dapat bersaing atas pelbagai faktor sama ada usia atau kesihatan, sepatutnya pengalaman dan ilmu yang ada pada mereka dapat dimanfaatkan sekaligus untuk kemajuan sukan berkenaan pada masa hadapan,” ujarnya.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI