fbpx

Gambar Janna jadi bahan, kentut pun cantik kata Zizan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN terbaharu Janna Nick yang mengundang perhatian dan menjadi bahan gurauan termasuk oleh Zizan menerusi Instagram.

PETALING JAYA – Selepas isu baju terselak, aktres Janna Nick sekali lagi mencuri perhatian ramai menerusi sekeping gambar yang dimuat naik dalam Instagramnya hari ini.

Kali ini, fotonya menjadi bahan bualan netizen apabila aksi yang dipaparkan agak mencolok mata.

Perkongsian tersebut sekali gus membuatkan netizen berpendapat bahawa pemilik nama lengkap Nurul Jannah Muner, 26, itu tidak pernah serik berkongsi foto sebegitu.

Selain dibanjiri dengan komen-komen nakal netizen, hantaran tersebut turut mencuri perhatian pelawak terkenal, Zizan Razak yang menyamakan gaya berdiri Janna seperti sedang membuang angin atau kentut.

“Time (waktu) kentut pun cantik (diikuti dengan emoji hati berwarna merah),” gurau pelakon filem Polis Evo itu.

Tidak melenting dengan gurauan sesama artis, balas bekas pengacara Melodi itu: “Hahaha, syaitan.”

Komen tersebut seterusnya mengundang tawa netizen dan ada yang berpendapat gurauan Zizan agar kasar.

“Zizan membuat lawak kasar ya,” balas seorang netizen.

Selain Zizan, seorang pelakon, Yasmin Hani pula menulis: “Tumpang letak cawan boleh.”

Terdahulu, pelakon yang sedang mengembangkan kredibiliti sebagai pengarah dan penerbit itu mengundang buah mulut ramai, apabila menyiarkan gambarnya memaparkan baju yang terselak pada bahagian dada.

Janna yang juga kekasih kepada Dini Schatzmann juga seorang pelakon itu mengakui menghidap sejenis gangguan bipolar dan masih meneruskan rawatan bagi mengatasi masalah yang dihadapinya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI