fbpx

UiTM Terengganu miliki stesen jana kuasa solar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ermeey (kanan) menunjukkan peranti pengubah arus yang menjana stesen jana kuasa solar di UITM terengganu di Dungun hari ini.

DUNGUN – Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu muncul sebagai institut pengajian tinggi (IPT) pertama di negeri ini yang memiliki stesen jana kuasa solar.

Ketua Projek Tenaga Solar UiTM Terengganu, Dr. Ermeey Abd. Kadir berkata, pemasangan 3,885 panel solar dengan kapasiti 1.6 megawatt itu hanya mengambil masa lima bulan sebelum beroperasi sejak Disember tahun lalu.

“Pemasangan solar bukan hanya menjimatkan penggunaan bil elektrik kampus ini setiap bulan malah kami turut menjana pendapatan menerusi jualan grid tenaga elektrik kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjumlah RM700,000, setakat ini.

“Sebelum ini, kadar penggunaan bil elektrik bulanan adalah kira-kira RM350,000 namun selepas penggunaan tenaga solar, kita mampu berjimat hingga 20 peratus iaitu purata RM50,000 hingga RM80,000,” katanya pada sesi taklimat projek solar tersebut di UITM Terengganu di sini hari ini.

Ermeey berkata, kos pemasangan panel solar terbabit yang dilaksanakan UiTM Holdings Sdn. Bhd. (UHSB) menelan belanja kira-kira RM6 juta.

Beliau berkata, pemasangan panel solar tersebut dilaksanakan di atas bumbung parkir kereta, bumbung dewan utama serta beberapa bangunan lain di keseluruhan kampus berkenaan.

“Meskipun kos pemasangan agak tinggi, penggunaan solar sangat membantu memberi penjimatan sehingga 25 tahun,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI