fbpx

Kos menunaikan haji tahun depan dijangka meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kos untuk menunaikan haji pada musim hadapan dijangka akan meningkat memandangkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) perlu dilaksanakan.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, sebarang keputusan berkaitan kos itu akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Jelas beliau, jangkaan kenaikan itu juga adalah disebabkan kadar inflasi dan perkembangan terkini peraturan Arab Saudi khususnya yang berkait SOP dalam keadaan pandemik Covid-19 yang masih belum reda.

“Ia termasuk keperluan ujian PCR dan suntikan vaksin untuk masuk ke sana dan penjarakan fizikal di dalam bas, bilik, penginapan hotel dan khemah-khemah.

“Walaubagaimanapun pihak Tabung Haji akan memaklumkan kos haji pada 2022 apabila dimuktamadkan satu masa,” katanya pada Sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Awang yang meminta kerajaan menjelaskan adakah kos mengerjakan haji akan meningkat dan berapa kadar peningkatan yang dijangka.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI