fbpx

KPDNHEP sedia kaji semula harga semua produk berkaitan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedia mempertimbangkan cadangan supaya semua produk berkaitan Covid-19 dapat diturunkan harga pada masa akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, cadangan yang dikemukan itu sangat baik agar semua golongan masyarakat dapat menggunakan produk itu pada harga yang lebih rendah.

Bagaimanapun katanya, sebarang keputusan berkaitan cadangan itu akan dibuat selepas pihaknya membuat sesi libat urus bersama semua pemain industri supaya tiada pihak rasa dianiaya dan terjejas.

“Kita akan memperhalusi perkara-perkara yang telah disebut tadi dengan sewajarnya kerana ia merupakan satu cadangan yang baik dengan menurunkan lagi harga kit ujian pantas antigen dan juga alat-alat yang lain.

“Kementerian akan mengkaji kesemua faktor yang telah saya nyatakan dengan mengambil kira pendekatan yang terbaik dengan membuat libat urus bersama semua pemain industri kerana kita tidak mahu ada yang rasa dianiaya dan terjejas,” katanya pada Sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin yang mencadangkan kerajaan menetapkan harga siling bagi produk berkaitan Covid-19.

Antara alatan tersebut adalah seperti alat sanitasi (gun spray), mesin pembersih udara dan juga unit peranti bagi memantau tahap oksigen atau pulse oximeter.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI