fbpx

‘Servis’ wanita Vietnam RM180

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara wanita Vietnam yang berjaya diselamatkan selepas disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks dalam serbuan di sekitar Johor Bahru, Johor kelmarin.

JOHOR BAHRU – Kegiatan jahat dua lelaki dipercayai mengaut untung dengan hasil menjual tubuh wanita warga asing tumpas apabila mereka diberkas dalam dua serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini kelmarin.

Dalam serbuan bermula pada pukul 10.30 malam itu, kedua-dua lelaki yang ditahan masing-masing berusia 53 dan 56 tahun merupakan warganegara tempatan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, dalam Ops Pintas Atipsom itu, pihaknya berjaya menyelamatkan enam wanita Vietnam berusia 25 hingga 29 tahun.

“Dalam Ops Pintas Atipsom, polis menahan dua lelaki tempatan dan menyelamatkan enam wanita warga Vietnam berusia 25 hingga 29 tahun yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki berkenaan bertindak sebagai penjaga (caretaker) dan penghantar (transporter),” katanya di sini hari ini.

Mohd. Padzli berkata, siasatan awal yang dilakukan mendapati mereka menggunakan Modus Operandi dengan mencari pelanggan dengan menggunakan aplikasi sosial seperti WeChat dan Michat.

Jelasnya, setelah berjaya mencari pelanggan, transporter akan menghantar wanita ini ke tempat yang ditetapkan dengan bayaran yang dikenakan kepada pelanggan bagi setiap servis sebanyak RM180.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas dua kad akses rumah, tiga telefon bimbit pelbagai jenis, empat keping kondom, sebuah kereta, resit hotel dan wang tunai bernilai RM998.

Beliau berkata, suspek warga tempatan itu ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam hingga Ahad ini bagi membantu siasatan dijalankan.

Katanya, mangsa telah dipohon Perintah Perlindungan Interim (IPO) selama 21 hari dan dihantar ke rumah perlindungan sementara. – K! ONLINE

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI