fbpx

AmBank Islamic rangkul 3 anugerah kewangan global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sulaiman (dari kiri) bersama Abdul Hamidy dan Eqhwan menunjukkan anugerah yang dimenangi.

PETALING JAYA – AmBank Islamic Bhd. (AmBank Islamic) te­lah berjaya merangkul tiga anugerah di Global Banking & Finance Awards 2021 yang diadakan baru-baru ini.

Bank tersebut mempertahankan kedudukannya sebagai Bank Korporat Islamik Terbaik Malaysia dan Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Islamik Terbaik Malaysia buat tahun kedua berturut-turut.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)nya, Eqhwan Mokhzanee dinamakan CEO Perbankan Islamik terbaik di Malaysia buat tahun ketiga berturut-turut.

Pengerusi AmBank Islamic, Datuk Seri Abdul Hamidy Abdul Hafiz berkata, pihaknya berbesar hati dengan pengiktirafan tersebut, yang mencerminkan komitmen bank terhadap pelanggan, terutamanya ketika berdepan pandemik.

“Kami juga berterima kasih dengan pengiktirafan berterusan terhadap peranan yang dimainkan Eqhwan ketika menerajui AmBank Islamic dan dalam industri perbankan Islam,” katanya dalam satu ­kenyataan.

Sejak pengenalannya pada 2011, Global Banking & Finance Awards mengiktiraf inovasi, pencapaian, strategi, kemajuan dan perubahan dalam komuniti kewangan global.

Anugerah tersebut kini telah berkembang untuk turut menghargai pencapaian dalam bidang perbankan, tukaran asing, insu­rans, dana, nasihat, urus tadbir korporat, pengurusan kekayaan, kewangan Islam, hartanah, tangungjawab sosial korporat dan lain-lain.

Sementara itu, CEO Kumpulan AmBank Group, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, penghargaan tersebut adalah bukti usaha berterusan Kumpulan dalam menyokong pelanggan dengan penyelesaian perbankan yang memenuhi keperluan khusus mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI