IPOH – Pasar raya AEON Mall Ipoh Station 18 di Jalan Pasir Puteh di sini ditutup buat sementara bagi menjalankan kerja-kerja disinfeksi berikutan terdapat kes positif Covid-19 di premis itu.
Arahan penutupan tersebut dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kesihatan Daerah Kinta bermula esok.
Pengurusan AEON Co (M) Berhad dalam satu kenyataan memberitahu, prosedur disinfeksi dan sanitasi menyeluruh akan dijalankan setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menurutnya, arahan penutupan berkenaan susulan terdapat beberapa kakitangan pasar raya yang disahkan positif Covid-19.
“Pengesanan kontak rapat sedang dilakukan oleh KKM manakala penutupan ini adalah untuk kerja-kerja sanitasi dan pembersihan agar dapat dilakukan.
“Petugas yang disahkan positif Covid-19 juga sedang menjalani kuarantin manakala ujian saringan lanjut akan dilakukan pada petugas-petugas lain,” ujar kenyataan itu.
Berikutan penutupan tersebut, pihak pasar raya turut menggantung sementara operasi pesanan secara online, manakala pesanan yang dibuat selepas hari Rabu dibatalkan.
Pembukaan semula pasaraya AEON Mall Ipoh Station 18 akan dimaklumkan sehingga diberitahu kelak. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929