JOHOR BAHRU – Ciptaan peralatan berkhatan paling cepat iaitu dalam masa seminit mengangkat nama Datuk Dr. Siew Kuang Chong, 78, sehingga mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa bulan lalu.
Menurut pakar bedah plastik itu, alat rekaannya itu bukan sahaja efisyen bahkan ia selamat digunakan selain kos penghasilannya rendah.
Siew Kuang tidak menyangka inovasi yang mengambil masa kira-kira sembilan tahun untuk disiapkan merangkul pingat emas dan anugerah khas di 6th Annual International Invention Competition in Canada (iCAN) 2021 di Toronto, Canada pada 28 Ogos lalu.
Katanya, inovasinya yang dinamakan Circumstar-1 bukan sahaja memenangi pingat emas malah turut dipilih sebagai antara 10 ciptaan terbaik dalam kalangan 700 penyertaan dari seluruh negara.
“Pertandingan ini adalah anjuran Toronto International Society of Innovation & Advanced Skills (TISIAS) dan saya menghantar penyertaan secara online,” ujarnya.
Jelas beliau, Circumstar-1 itu adalah 100 peratus produk buatan tempatan dan ia diilhamkan dari peralatan berkhatan sedia ada sebelum ini dan mendapat sentuhan yang ditambah baik menjadi lebih efisyen.
“Dengan menggunakan alat ini ini, ia hanya mengambil masa seminit berbanding peralatan berkhatan saya cipta sebelum ini iaitu tiga minit dan ia tanpa jahitan.
“Ia adalah selamat sepenuhnya dan proses penyembuhannya juga agak cepat iaitu dalam tempoh tiga minggu berbanding kebiasaannya sebulan,” katanya. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929