PETALING JAYA – Tindakan sebuah kereta Proton Wira menukar laluan lorong secara tiba-tiba disyaki punca pasangan suami isteri serta anak mereka yang sedang menunggang motosikal mengalami kemalangan, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian video oleh @Naimazharrrr di akaun Twitter miliknya, sebuah keluarga yang menaiki motosikal telah merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mazda yang terpaksa brek mengejut setelah sebuah Proton Wira menukar laluan secara tiba-tiba.
Berdasarkan video berdurasi 42 saat yang dikongsikan @Naimazharrrr, kereta tersebut dilihat menukar masuk ke laluan kirinya secara mengejut sehingga menyebabkan pengguna jalan raya lain terlibat kemalangan.
Bagaimanapun, pemandu kereta itu dipercayai berlalu begitu sahaja tanpa melihat keadaan keluarga yang terlibat dalam kemalangan.
Video itu mendapat lebih 282,900 tontonan dan dihujani lebih 9,087 komen di Twitter miliknya.
Salah seorang pengguna @ZulfikriZainal berkata, tindakan pemandu kereta yang secara melulu menukar lorong di jalan raya itu boleh membahayakan nyawa individu lain.
“Pertama sekali kalau nak tukar lorong tengok cermin sisi dan jangan lupa beri signal, disebabkan awak yang nak tukar lorong, tak pasal-pasal orang lain yang ‘accident’, nyaris tak mati,” katanya.
Sementara itu, @DarmiziDahari memberi pesanan buat penunggang motosikal serta pemandu kenderaan bertayar empat di luar sana supaya mengamalkan jarak pemanduan selamat. – K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929