fbpx

Lagi bangkai ikan lumba-lumba ditemui di Kuala Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syamil (tengah) melihat keadaan bangkai ikan lumba-lumba yang ditemui di pesisir pantai Kuala Perlis pada malam semalam.

KANGAR – Satu lagi bangkai ikan lumba-lumba jenis Irrawaddy ditemui terdampar di pesisir pantai Kuala Perlis pada malam semalam.

Pengasas Perlis Nature and Wildlife (PNW), Syamil Abd. Rahman memberitahu, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan bangkai hidupan laut itu kira-kira pukul 9.45 malam.

Katanya, ikan lumba-lumba sepanjang 1.9 meter dan berat kira-kira 70 kilogram tersebut dipercayai mati sejak dua minggu lalu kerana keadaan badannya yang sudah mengeluarkan bau busuk serta berulat.

“Operasi memindahkan bangkai dan kerja-kerja mengambil sampel daripada bangkai ikan lumba-lumba tersebut tidak dapat dilakukan pada malam semalam kerana keadaan gelap serta air pasang.

“Kerja-kerja memindah dan pengambilan sampel untuk dihantar kepada Marine Mammal Conservation (MareCet) dilakukan pada pagi ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, bangkai ikan tersebut diserahkan kepada Jabatan Perikanan Negeri Perlis untuk pelupusan.

Sejak awal bulan ini, sebanyak lima kes ikan terdampar diuruskan PNW iaitu tiga berjaya diselamatkan, manakala satu ditemui mati.

Difahamkan, satu lagi kes melibatkan bangkai ikan lumba-lumba diuruskan oleh Jabatan Perikanan Negeri Perlis pada awal bulan ini.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN