fbpx

[VIDEO] Polis siasat video tular aksi basikal ‘cucuk angin’ treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan tindakan seorang penunggang basikal mengekori rapat sebuah lori treler.

KUANTAN – Tindakan seorang penunggang basikal yang melakukan aksi bahaya dengan menunggang sambil mengikut rapat di belakang sebuah lori treler yang videonya tular sejak beberapa hari lalu, mendapat perhatian pihak polis.

Rakaman video itu dipercayai dirakam pada 17 September lalu di Jalan Kuantan – Gambang di sini oleh seorang pemandu lori yang memandu di belakang basikal berkenaan.

Dalam video berdurasi dua minit 34 saat itu menunjukkan seorang penunggang basikal melakukan aksi bahaya dengan mengikut rapat sebuah lori treler, manakala kedengaran percakapan perakam dengan rakannya yang memandu lori treler terbabit.

Tindakan pemandu basikal itu menimbulkan rasa bimbang pemandu lori berkenaan malah penunggang basikal itu dikatakan ikut memecut apabila lori terbabit cuba menjarakkan kenderaan mereka.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohammed Rizal Kamarudin berkata, polis sedang mengesan penunggang basikal terbabit dan meminta orang ramai agar menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

“Orang ramai kini diberi kelonggaran untuk bersukan dan beriadah termasuk melakukan aktiviti berbasikal, malangnya ada pihak yang salah guna kelonggaran itu dengan melanggar peraturan jalan raya seperti video yang tular sebelum ini.

“Kesalahan itu boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 42 dan Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu denda RM300 bagi kesalahan pertama dan RM1,000 untuk kesalahan berulang atau boleh dipenjara,”katanya.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI