fbpx

Abdul Ghani Pengerusi SPR baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Ghani

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh dilantik sebagai Pengerusi SPR yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, pelantikan tersebut turut mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurutnya, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Nik Ali Mat Yunus turut dilantik sebagai Ahli SPR berkuat kuasa hari sama.

“Pelantikan itu mengikut Fasal (1) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan bermula hari ini sehingga usianya mencapai 66 tahun selaras dengan Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

“Dengan kelayakan dan pengalaman yang dimiliki, diyakini mereka dapat menggalas amanah dan tanggungjawab sebagai Pengerusi SPR dan Ahli SPR mengikut kehendak Perlembagaan dengan sempurna,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini tadi.

Tambah beliau, kerajaan juga merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Azhar Azizan Harun dan Datuk Seri Ramlan Ibrahim atas khidmat bakti sepanjang menjawat jawatan sebagai Pengerusi dan Ahli SPR. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI