fbpx

Negara perlukan ahli politik berjiwa negarawan – Sultan Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sallehuddin berkenan merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kedah ke-14 menerusi sidang video, hari ini.

ALOR SETAR – Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah bahawa negara memerlukan ahli politik yang berjiwa besar atau lebih tepat berjiwa negarawan bagi menangani masalah kesihatan dan ekonomi ketika ini.

Titah baginda, semua ahli politik perlulah meletakkan masa hadapan negara dan negeri ini melebihi kepentingan parti dan peribadi.

“Tempoh sehingga sebelum pilihan raya seterusnya adalah satu tempoh yang kritikal dan memerlukan kesepakatan semua pihak khususnya ahli-ahli politik untuk menangani masalah kesihatan dan ekonomi yang melanda,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kedah ke-14 menerusi sidang video di sini hari ini.

Sultan Kedah bertitah, kemelut dan pergolakan politik di peringkat pusat yang berlaku mutakhir ini telah berjaya diharungi, namun pelantikan kepimpinan baharu melalui proses rundingan tertutup bukanlah satu penyelesaian mutlak.

“Ini hanyalah langkah kecemasan dalam menghadapi masalah yang lebih besar,” titah baginda. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI