fbpx

Tiga lelaki terkandas di Bukit Besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua daripada tiga lelaki yang terkandas di Bukit Besar berjaya dibawa turun malam semalam.

KULIM – Tiga lelaki yang terkandas di Bukit Besar di sini selepas gagal turun disebabkan keadaan gelap berjaya diselamatkan anggota bomba dan penduduk kampung malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mereka yang berusia dalam lingkungan 30-an dikatakan tiba di situ kira-kira pukul 4.30 petang sebelum naik ke kawasan bukit tersebut menggunakan trek laluan disediakan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulim, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azuan Hamdan berkata, tiga lelaki terbabit tiba di kawasan bukit itu agak lewat untuk beriadah dan apabila cuaca semakin gelap, mereka tidak meneruskan perjalanan untuk turun ke bawah.

Katanya, ketiga-tiga mangsa itu juga tidak membawa sebarang bekalan air atau lampu suluh.

“Seorang daripada mereka kemudian menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan untuk turun dari kawasan bukit itu,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu kira-kira pukul 8.03 malam sebelum pasukannya bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI