fbpx

Ayah Ashraf Muslim kritikal, Covid-19 tahap 5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyhraf dan bapanya, Muslim.

PETALING JAYA – Pelakon Ashraf Muslim meminta doa semua buat ayahnya yang kini sedang bertarung nyawa akibat Covid-19 tahap 5.

Ashraf menerusi hantaran dalam Instagram memberitahu, ayahnya, Muslim Bulat, 67, dijangkiti Covid-19 tahap 5B dan dirawat dengan bantuan mesin pernafasan di Unit Rawatan Separa Kritikal Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.

“Assalamualaikum semua. Dah lama saya simpan, bebarapa hari yang lepas ayah saya, Muslim Bulat telah dijangkiti Covid-19, kategori 5B dan sekarang sedang diintubasi di PPUM.

“Dia sedang melalui proses yang amat sukar sekarang ini,” tulisnya.

Ashraf atau nama sebenarnya Muhd. Ashraf Muslim, 41, sebelum ini merahsiakan keadaan ayahnya yang dijangkiti wabak maut tersebut.

Pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu turut memohon ahli keluarga dan peminat mendoakan agar ayahnya beroleh kekuatan untuk melawan ujian berat yang diberi.

“Saya mohon ahli keluarga, sahabat handai dan semua orang mendoakan ayah saya dan cepat sembuh,” mohonnya.

Untuk rekod, April tahun lalu, Ashraf turut dijangkiti Covid-19 sekembali pulang menjalani penggambaran drama bersiri, Demi di Inverness, Scotland.

Selepas 25 hari dikuarantin di Hospital Sungai Buloh, Selangor, Ashraf akhirnya sembuh dan dibenarkan pulang.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI