fbpx

Berita palsu vaksin Covid-19 berkurangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar Musa

PETALING JAYA – Penyebaran berita palsu berkaitan vaksin Covid-19 di Malaysia telah banyak berkurangan berbanding pada peringkat awal program vaksinasi kebangsaan diperkenalkan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, tahap kesedaran dan penerimaan masyarakat terhadap program vaksinasi menjadi bukti berita sedemikian tidak lagi begitu berkesan.

“Walaupun masih ada (berita palsu vaksin Covid-19), tetapi secara keseluruhan telah banyak berkurangan. Kita mengucapkan terima kasih kepada masyarakat dan ini juga adalah hasil daripada kejayaan progam vaksinasi,” katanya pada sidang Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd. Dun mengenai segelintir rakyat Malaysia masih terpengaruh berita palsu berkaitan suntikan vaksin dan tindakan untuk menanganinya.

Dalam pada itu, Annuar memaklumkan, pihak polis telah membuka sebanyak 307 kertas siasatan penyebaran berita palsu berkaitan Covid-19 sejak Mac 2020 hingga September 2021.

Menurut beliau, kebanyakan kes itu disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan sebanyak 163 kes telah diselesaikan, 77 kes dituduh di mahkamah sementara 114 kes dalam siasatan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI