fbpx

Ferrari makin agresif bangunkan jentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERRARI berdepan krisis prestasi sejak beberapa tahun kebelakangan ini ekoran jentera mereka yang kurang kompetitif. – AFP

LONDON – Prinsipal pasukan Ferrari, Mattia Binotto menegaskan tumpuan pasukannya ketika ini beralih kepada pembangunan jentera menjelang peraturan baharu Formula Satu (F1) yang akan diperkenalkan pada musim 2022.

Pasukan Itali tersebut menerima tekanan cukup hebat apabila melalui musim terburuk dalam tempoh 40 tahun selepas gagal meraih sebarang kemenangan perlumbaan F1 musim lalu.

Tersentak dengan keadaan tersebut, Ferrari dilihat terus agresif membangunkan unit kuasa dan casis terbaik mereka sesuai dengan peraturan baharu yang akan diperkenalkan pada musim depan.

Prinsipal pasukan Ferrari, Mattia Binotto mengakui pembangunan pasukannya pada musim 2022 berjalan agak baik, manakala konsep unit kuasa dan reka bentuk jentera hampir siap, namun pihaknya masih mencari kuasa pecutan tambahan.

“Pembangunan jentera 2022 sedang berjalan mengikut peran­cangan pasukan terutama mene­rusi reka bentuk casis, reka bentuk sistem ampaian dan susun atur sistem penyejuk enjin.

“Kini tumpuan pasukan ter­arah kepada reka bentuk badan jentera, sistem aerodinamik, sa­yap dan sebagainya. Pasukan juga meneruskan pembangunan bagi unit kuasa yang dilihat masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu dipertingkatkan.

“Perkara utama adalah unit kuasa yang akan kami gunakan adalah yang terbaharu. Penting untuk kami melangkah ke satu lagi tahap terbaik. Bagaimanapun, kami lihat masih terdapat jurang dari segi prestasi unit kuasa.

“Oleh itu, objektif pasukan ketika ini adalah untuk menutup kekurangan tersebut dan memastikan secara keseluruhannya jentera dapat beroperasi dalam keadaan yang stabil,” kata Binotto. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI