SHAH ALAM – Seorang eksekutif pemasaran yang menyebabkan dua remaja maut selepas memandu kenderaan secara melawan arus di Kilometer 8.6 Lebuh Raya Persekutuan sebelum ini akan didakwa di Mahkamah Tinggi di sini esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superitendan Ramsay Anak Embol berkata, pendakwaan akan dilakukan terhadap suspek berusia 24 itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati sekiranya disabitkan kesalahan.
“Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi Isnin (esok),” katanya ringkas hari ini.
Sebelum ini, suspek yang mempunyai 20 rekod saman lampau sebelum ini termasuk memandu laju dan melanggar lampu isyarat itu disambung reman selama tiga hari yang berakhir esok dengan kes diklasifikaskan semula sebagai kes bunuh. – K! ONLINE