fbpx

Pesohor Instagram erotik diberkas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu menjana pendapatan sebanyak RM8,773 sebulan dengan mempamerkan aksi pornografi sambil berbogel. - iStockPhoto

JAKARTA – Seorang pensohor media sosial Instagram ditangkap  polis selepas mempamerkan aksi  pornografinya menerusi siaran langsung dan menjana pendapatan sebanyak 30 juta rupiah RM8,773 sebulan, lapor laman Suara.com.

Wanita itu yang hanya dikenali sebagai RR ditahan selepas mempamerkan aksi erotiknya menerisi aplikasi Mango.

“Dia ditangkap semalam di salah sebuah apartmen di Jalan Taman Pancing Denpasar dan ketika ini ditahan di ibu pejabat polis Denpasar,” kata Ketua Pejabat Polis Denpasar, Iptu Ketut Sukadi.

Jelasnya lagi, wanita itu sengaja berbogel pada setiap siaran langsungnya dan sudah terlibat dengan aktiviti itu selama sembilan bulan.

“Selepas disoal siasat, pelaku mengaku sudah melakukan kegiatan tersebut selama sembilan bulan dan menjana pendapatan sebanyak 30 juta rupiah sebulan.

“Bagi satu sesi siaran langsung pula, dia menjana pendapatan sebanyak 1.5 juta rupiah (RM438). – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI