fbpx

Laluan lencongan Jalan Simpang Pulai dibina minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laluan Simpang Pulai - Cameron Highlands yang ditutup akibat kejadian tanah runtuh semalam.

IPOH – Satu lencongan akan dibina di laluan FT185 Jalan Simpang Pulai ke Blue Valley, Cameron Highlands di Kilometer 43.9 yang ditutup akibat runtuhan jalan semalam.

Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kinta, Ir. Jeffryl Azniel Adzar berkata, kerja-kerja membina laluan lencongan itu bergantung kepada pemantauan runtuhan cerun tersebut dan jika ia berada dalam keadaan stabil maka pihak JKR akan memulakan pembinaan pada minggu hadapan.

“Tarikh bila laluan itu boleh dibuka turut bergantung kepada pemantauan di kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kejadian runtuhan jalan berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jalan Raya Simpang Pulai itu melibatkan runtuhan sepanjang kira-kira 30 meter namun pengguna boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Persekutuan FT059 iaitu Jalan Tapah ke Cameron Highlands sebagai jalan perhubungan sementara.

Runtuhan yang berlaku pada pukul 5.45 petang itu berpunca daripada cerun runtuh disebabkan hujan berterusan dan mengakibatkan struktur tanah lemah dan tidak kukuh sebelum laluan di kawasan tersebut ditutup bermula pukul 9 malam. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI