fbpx

Dovizioso buat kesilapan besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOVIZIOSO perlu mencari pasukan baharu dalam kadar segera bagi memastikan dia masih mampu bersaing pada saingan MotoGP musim depan. – AFP

SPIELBERG – Nasib pelumba Itali, Andrea Dovizioso untuk meneruskan perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) tahun depan dilihat masih samar selepas membuat keputusan meninggalkan pasukan Ducati apabila berakhirnya sai­ngan musim ini.

Spekulasi kini bertiup kencang mengatakan Dovizioso, 34, akan tetap beraksi dalam kelas utama bersama pasukan Red Bull KTM Tech3 musim depan walaupun ia dilihat sedikit mustahil.

Prinsipal KTM Tech3, Herve Poncharal menegaskan, mustahil untuk membawa masuk muka baharu kerana kesemua slot pelumba telah diisi dengan kontrak sehingga musim depan.

“Bagi saya mustahil KTM akan membuat keputusan dengan membatalkan kontrak salah seorang pelumba. Tiada keperluan untuk KTM bertindak sedemikian semata-mata untuk membawa masuk Dovizioso seorang pada musim depan,” kata Poncharal.

“Satu langkah yang luar biasa jika dapat bekerja dengan Dovizioso tetapi barisan pelumba 2021 sudah diisi. Jadi saya merasakan ia sesuatu yang sukar buat pelumba Itali itu bersama kami musim depan,” ujar Poncharal.

Dovizioso memilih untuk me­ninggalkan pasukan Ducati apabila enggan menyambung kontrak musim depan selepas menyertai pasukan pengeluar itu pada 2013.

Difahamkan, Dovizioso berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan terma gaji ditawarkan pasukan berpangkalan di Itali itu yang dikatakan sedang berdepan krisis kewangan di­sebabkan Covid-19. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI