fbpx

Sampah sarap di perairan Langkawi akan dibersihkan segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan keadaan perairan sekitar Pulau Langkawi yang dipenuhi sampah.

LANGKAWI – Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) akan mengambil langkah segera untuk membersihkan sampah sarap yang ditemui terapung di perairan ini.

Sisa buangan tersebut didakwa terapung berhampiran penempatan Bukit Malut serta dua hotel ternama di pusat peranginan ini.

Yang Dipertua MPLBP, Radzuan Osman berkata, sampah sarap yang terapung di perairan ini biasanya berlaku ketika musim tengkujuh dan air pasang besar.

“Memang betul sampah tersebut datang dari penempatan di Bukit Malut dan hanya akan terapung di laut apabila air pasang besar.

“Apabila air pasang besar sehingga ke bawah rumah di penempatan itu, sampah yang dibuang tersebut akan dihanyutkan ke tengah laut,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! Online hari ini melaporkan seorang pengguna media sosial memuat naik satu rakaman video pencemaran yang didakwa berlaku di perairan Pulau Langkawi. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI