fbpx

Empat individu sambut hari jadi dipanggil polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penganjuran majlis sambutan hari jadi di sebuah premis di Jalan Bukit Bintang, dekat sini semalam.

KUALA LUMPUR – Empat individu sudah dipanggil bagi membantu siasatan berkaitan penganjuran majlis sambutan hari jadi di sebuah premis di Jalan Bukit Bintang, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan dijalankan berhubung penularan satu klip video di laman sosial menunjukkan sekumpulan individu sedang menyambut hari jadi di sebuah premis.

“Hasil penelitian mendapati aktiviti sosial itu menyukarkan penjarakan fizikal, sekali gus ia melanggar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 17 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) Pelan Pemulihan Negara 2021,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kertas siasatan akan diserahkan ke Pejabat Pendakwa Raya apabila siasatan selesai dijalankan.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran SOP MKN dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999, atau mana-mana balai polis berhampiran. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI