fbpx

Jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands dibuat penjajaran semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (kanan) meninjau lokasi runtuhan jalan di laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai ke Blue Valley hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Penjajaran semula akan dilakukan pada laluan FT185 Jalan Simpang Pulai ke Blue Valley, Cameron Highlands di Kilometer 43.9 hingga Kilometer 44 termasuk menambah baik jalan tersebut bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Ia membabitkan peruntukan berjumlah RM130 juta yang telah disediakan kerajaan selain kerja-kerja baik pulih dan pembaikan cerun.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Perak, Zulkipli Nasri berkata, cadangan penjajaran laluan sepanjang 600 meter itu bagi memastikan jalan tersebut selamat khususnya pada kestabilan cerun di laluan berkenaan.

Menurut beliau, penelitian mendapati kedudukan jalan terlalu rapat pada cerun dan salah satu cara untuk mengelakkan risiko yang lebih besar ialah dengan mengalihkan laluan itu lebih rapat ke bahagian dalam

“Berapa meter (pengalihan) bagaimana pun bergantung kepada siasatan pakar. Pihak konsesi cerun sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti jenis tanah di kawasan itu selain menghasilkan reka bentuk untuk mengukuhkan cerun berkenaan.

“Pembinaan jajaran baharu itu akan bermula selepas surat setuju terima (SST) diserahkan kepada kontraktor terpilih pada pertengahan Disember ini,” katanya kepada pemberita selepas mengiringi Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad meninjau lokasi runtuhan jalan sepanjang kira-kira 30 meter di sini hari ini.

Kerja-kerja pembinaan dan mengukuhkan cerun itu dijangka mengambil masa tiga tahun dengan jangkaan siap pada Disember 2024.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI