fbpx

1,665 kekosongan jawatan bomba perlu diisi segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL (dua dari kanan) menyampaikan hadiah kepada sijil penghargaan kepada anggota bomba ketika lawatan rasminya ke JBPM Negeri Johor, Johor Bahru hari ini.-Foto BAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Sejumlah 1,665 kekosongan melibatkan pelbagai jawatan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan diisi sepenuhnya dalam masa terdekat bagi memastikan perkhidmatannya jabatan itu berada pada tahap optimum.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib berkata, kekosongan jawatan itu melibatkan pengurusan tertinggi dan profesional serta kumpulan pelaksana.

Menurut beliau, kesemua jawatan berkenaan perlu diisi dengan segera kerana JBPM merupakan satu perkhidmatan penting.

“Setakat ini, terdapat sebanyak 55 kekosongan daripada 490 perjawatan bagi pengurusan tertinggi dan profesional, manakala sebanyak 1,610 kekosongan daripada 14,026 perjawatan melibatkan kumpulan pelaksana.

“Kita masih kekurangan anggota kerana proses pengambilan sedikit perlahan ketika ini akibat pandemik Covid-19. InshaAllah kita akan cari jalan mengisi kekosongan kerana tidak mahu perkhidmatan tergendala atau terencat kerana kekurangan kakitangan,” katanya selepas melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat JBPM Johor, di Kangkar Tebrau, di sini hari ini.

Ismail berkata, KPKT juga menyasarkan kira-kira 30 peratus perjawatan di JBPM diisi oleh kaum wanita kerana terdapat bidang kerja yang memerlukan kelebihan dimiliki mereka.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI