fbpx

Dua penunggang motosikal ditahan buat aksi berbahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki yang menunggang motosikal secara berbahaya ditahan polis menerusi operasi malam tadi.

KUALA LUMPUR – Tindakan dua lelaki menunggang motosikal secara merbahaya dengan melakukan aksi zig zag, roket dan superman membawa padah apabila mereka ditahan di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE), dekat sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, kedua-duanya yang berusia 19 dan 20 tahun itu ditahan menerusi Operasi Samseng Jalanan.

“Kedua-duanya akan dituduh di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

“Pada masa sama, JSPT turut menahan sembilan lelaki berusia dalam lingkungan 25 hingga 33 tahun mengikut Sekyen 45(A) APJ 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, sepanjang tempoh tiga hari operasi bermula Jumaat lalu di sekitar ibu negara, JSPT telah mengeluarkan sebanyak 551 saman.

“Menerusi Operasi Samseng Jalanan, Op Motosikal dan pelbagai itu sebanyak 12 buah motosikal turut disita di bawah Seksyen 64 APJ 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan (ekzos).

“Kesemua motosikal yang disita itu akan diambil tindakan dan pemeriksaan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta diarahkan mengubah kepada struktur asal,” ujarnya.

Katanya, operasi tersebut dijalankan di kawasan-kawasan yang mempunyai aduan di sekitar ibu negara seperti Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Jalan Tun Razak, Jalan Raja Laut, Jalan Loke Yew dan Lebuh Raya DUKE. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI