fbpx

324 kematian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 324 kes kematian dilaporkan semalam, menurut laman web CovidNow.
Mengikut data yang dikemas kini sehingga pukul 11.59 malam tadi, daripada jumlah tersebut, sebanyak 109 kematian sebenar dilaporkan purata bagi tempoh tujuh hari.

“Angka 324 kematian ini menjadikan, jumlah kes kematian akibat Covid-19 kini mencecah 23,067 kes.

“Terdapat 70 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) menjadikan jumlah kematian BID sebanyak 4,397 kes,” katanya di sini hari ini.

Kesemua kes kematian tersebut dilaporkan di Selangor (146), Johor (54), Pulau Pinang (25), Kedah (24), Perak (15), Sabah (13), Kelantan (12), Sarawak (11), Melaka (7), Kuala Lumpur (7), Negeri Sembilan (5) dan Pahang (5) manakala, tiada kematian dilaporkan di Putrajaya, Labuan, Terengganu dan Perlis.

Terdapat 219,359 kes aktif melibatkan 182,857 kes dikuarantin di rumah, 23,998 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 11,339 kes di hospital, 475 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 690 di ICU dengan bantuan pernafasan.-K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI