fbpx

Kerja tanah di kawasan bercerun perlu Laporan EIA – JAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah jentolak kelihatan di Bukit Tabur yang ditular seorang pengguna Twitter baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Jabatan Alam Sekitar (JAS) menetapkan bahawa sebarang pembangunan atau pembersihan tanah di kawasan tanah berkecerunan 25° tetapi kurang 35° adalah tertakluk kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Alam Sekeliling) 2015.

Ketua Pengarahnya Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, bagi kawasan yang berkecerunan 35° dan ke atas pula, tiada sebarang pembangunan kecuali yang dibenarkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

Justeru, katanya, mana-mana pihak yang berhasrat menjalankan aktiviti berkenaan hendaklah menjalankan satu kajian Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dan mendapatkan kelulusan Laporan EIA.

“JAS akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang menjalankan
aktiviti yang ditetapkan tanpa sebarang kelulusan Laporan EIA mengikut Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda maksimum sebanyak RM500,000
atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Terdahulu, Wan Abdul Latiff bersama Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Ir Zaini Ujang serta Pengarah JAS Selangor Nor Aziah Jaafar mengadakan pemeriksaan di tapak kerja-kerja pembersihan tanah dan penebangan pokok di kawasan cerun di Bukit Tabur, Mukim Hulu Kelang, Selangor, semalam.

Menurutnya, kerja-kerja tanah di kawasan itu telah dihentikan susulan arahan yang telah dikeluarkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada 11 September lalu.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI